The Gift From Nature

The Gift From Nature

DISEASE INFO

MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menunjukkan tanda – tanda resdung (sinusitis) .
Resdung (Sinusitis) ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Resdung (Sinusitis) juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria. Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Resdung (Sinusitis) adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.
Di Amerika Syarikat contohnya, dianggarkan 37 juta rakyatnya mengalami masalah resdung setiap tahun dan jumlah ini dijangka lebih tinggi kerana gejala sinusitis akibat jangkitan bakteria sering disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan ramai tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Sama juga halnya di Malaysia. Dianggarkan 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini ada masalah resdung . Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus datang mendapatkan rawatan dan ramai memilih kaedah tradisional untuk ‘menghilangkan’ keradangan sinus.
Ruang sinus kita secara semula jadinya diselaputi mukus (lendir) sebagai perlindungan. Mukus yang terkumpul ini dialirkan ke dalam saluran hidung supaya ruang sinus sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus mengalami keradangan dan tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.
Menurut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Mohd Husni Ahmad, sinusitis boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, sinusitis kronik adalah lebih lazim dan boleh boleh berlaku kepada sesiapa saja pada semua peringkat umur.

Adakah anda mengalami SIMTOM atau tanda masalah resdung berikut ? :
  • Hidung tersumbat
  • Hidung dan tekak mengeluarkan mukus berbau
  • Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
  • Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
  • Mengalami demam atau juga rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
  • Mengalami gejala alahan hidung contohnya bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Jika anda memberikan jawapan ya, anda berkebarangkalian mempunyai penyakit resdung.Untuk pengetahuan anda, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Pembedahan terpaksa dilakukan, jika penyakit resdung dalam keadaan kronik.

Mengapa Terjadi Begini ?





Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum 
penyakit resdung
 anda menjadi lebih kritikal. Banyak ubat resdung yang ada dipasaran. Oleh itu bertindaklah segera...!
 sumber: klik4sihat.com




Jerawat / Acne / Pimple



Jerawat adalah keadaan kulit yang menyebabkan whiteheads, blackheads, dan radang pertumbuhan berwarna merah ( papula, pustula, dan kista) . Pertumbuhan ini umumnya disebut jerawat

Gambar dibawah menunjukkan jenis-jenis jerawat/acne yang sering kali ditemui pada kulit wajah seseorang.



Punca, kejadian, dan faktor risiko

Jerawat terjadi ketika lubang kecil pada permukaan kulit, yang disebut pori-pori, menjadi tersumbat. 
Setiap pori adalah membuka ke folikel, yang mengandungi rambut dan kelenjar minyak.



Kelenjar minyak ini membantu melumasi kulit dan membantu mengangkat sel kulit tua. 
Ketika kelenjar minyak menghasilkan terlalu banyak minyak, pori-pori boleh menjadi tersumbat. Kotoran, sampah, bakteria, dan sel inflamasi membina. penyumbatan ini disebut plug atau komedo. Bahagian atas plag mungkin putih (whitehead) atau gelap (blackhead). Jika plag rehat terbuka, bahan bahagian dalam menyebabkan pembengkakan dan merah membentuk benjolan. Jika keradangan jauh di dalam kulit anda, jerawat boleh membesar untuk membentuk kista yang menyakitkan.



Jerawat adalah masalah pembengkakan dan inflamasi, bukan masalah yang disebabkan oleh bakteria. 
Jerawat yang paling umum pada remaja, tapi hal ini bisa terjadi pada usia berapa pun, bahkan pada bayi. Tiga daripada empat remaja memiliki sejumlah jerawat. perubahan hormonal mungkin menyebabkan peningkatan minyak di kulit. Namun, orang di 30-an dan 40-an juga mempunyai jerawat